Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC) memantapkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan melaksanakan pendidikan berasaskan hasil (outcome-based education-OBE). Sebagai langkah permulaan, satu bengkel OBE telah diadakan dan dihadiri oleh semua staf akademik pusat pengajian tersebut. Bengkel selama dua hari ini telah diadakan pada 3-4 November 2013 di Bilik Mesyuarat Utama (BMU) pusat pengajian tersebut. Bengkel in telah dimulakan dengan penerangan mengenai Constructive Alignment (CA) dan Continuous Quality Improvement (CQI) oleh Prof. Madya Dr. Fauziah Abdul Rahim dari Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden (SEML)
Objektif utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua staf akademik SOC tentang kepentingan OBE dalam P&P. Bengkel ini juga bertujuan untuk menyemak secara sistematik aktiviti P&P dan penilaian kursus supaya selaras dengan hasil pembelajaran kursus (course learning outcomes).
Latihan amali juga diberikan semasa bengkel ini di mana setiap staf akademik menilai pencapai pelajar berdasarkan hasil pembelajaran kursus yang telah ditetapkan dan menentukan langkah-langkah penambahbaikan berterusan yang boleh diambil pada semester akan datang.
Adalah menjadi harapan pihak SOC supaya perlaksanaan OBE berupaya meningkatkan kualiti P&P secara menyeluruh selaras dengan matlamat yang ditetapkan oleh Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti (UTLC). Ia juga adalah memenuhi keperluan penilaian program BSc. (Information Technology) melalui akredetasi antarabangsa termasuk Accreditation Board for Engineering and Technology (ABET).